Follow Us @zuraidakarim

Saturday, 30 December 2017

Lihat Pesakit Slip Disc Ini Kembali Sembuh Tanpa Pembedahan


Slip Disc....

Tahukah anda mengenai slip disc ini? Adakah anda salah seorang pesakit slip disc?

Saya ada beberapa kenalan yang menghidap penyakit slip disc. Memang sukar dan susah untuk menjalani kehidupan seharian. Jadi, dengan perkongsian maklumat mengenai slip disc ini saya harap ianya adalah perkongsian yang bermanfaat kepada anda.

                 



Apa itu Slip Disc?


Slip disc ini sebenarnya merujuk kepada bahagian disc atau kusyen pelapik tulang belakang yang beralih tempat, membonjol ke hadapan dan lantas menekan bahagian saraf tunjang (spinal cord) atau saraf akar (nerve root) tulang belakang pesakit.

Disc tulang belakang kita terdiri daripada dua bahagian iaitu Annulus Fibrosus Nucleus Polposus. Ia berfungsi sebagai pelapik antara ruas tulang belakang (vertebral body) dan bertindak sebagai penyerap tekanan serta membenarkan pergerakan berlaku antara tulang belakang kita.

Masalah slip disc ini berlaku apabila struktur Annalus Fibrosus terkoyak dan ini membolehkan Nucleus Polposus menerobus keluar dan menekan struktur saraf.

                                                         Bagaimana Slip Disc Terjadi



Punca Slip Disc

Antara punca-punca yang dikenal pasti ialah :

1) Trauma

Contohnya pesakit jatuh terduduk, kemalangan jalan raya dan sebagainya.

2) Duduk Terlalu Lama

Contohnya pemandu lori atau bas yang duduk memandu berjam-jam lamanya kerana memandu.

3) Mengangkat Bebanan Yang Berat

Contohnya kerana pekerjaan atau mendukung anak terlalu lama.

4) Tidak Menjaga Postur

Ini berlaku apabila ketida duduk atau mengangkat barang dengan postur yang tidak betul. Posisi membongkok akan menyebabkan disc menekan saraf di belakang.

         


Tanda Awal Slip Disc

Individu yang mengalami slip disc secara umumnya akan datang dengan rasa sakit belakang yang menjalar ke bahagian belakang punggung, peha dan kadangkala betis mereka. 

Dalam kes yang teruk mereka mungkin kehilangan kekuatan pada otot kaki dan mengalami rasa kebas pada sebelah atau kedua-dua kaki. 

Terdapat juga kes yang serius di mana pesakit tidak dapat mengawal kencing dan tercirit. Ini adalah disebabkan oleh tekanan saraf yang serius dan pesakit ini memerlukan pembedahan dengan segera.  

                   



Kaedah Rawatan Slip Disc

1) Fisioterapi

Kaedah senaman yang dijalankan bersama pakar untuk menguatkan otot termasuklah mengunakan tuala panas pada bahagian yang sakit.

2) Rehat Secara Tenang dan Relaks

Cuba pelbagai posisi rehat yang boleh menurunkan kadar sakit belakang seminimumnya untuk merasai keselesaan yang sebaik mungkin. 

Kaedahnya seperti berbaring di atas lantai yang rata, berlapik tilam sederhana dengan bantal di kepala dan di bawah kaki atau berbaring mengiring dengan bantal di antara celah kaki. 

3) Berjalan kaki sedekat boleh  

Ambil sedikit masa antara 10 minit hingga 20 minit berjalan di atas permukaan rata iaitu tidak curam, bertangga atau mendaki.

Ulangi untuk setiap 2 atau 3 jam sekali. Berjalan dalam jarak yang pendek memadai supaya boleh mengawal kesakitan dan tidak timbul masalah sakit kaki. 

4) Pengambilan Suplemen Semulajadi

Dengan pengambilan suplemen secara berterusan ia boleh membantu masalah slip disc anda secara dalaman setelah rawatan asas dan rujukan doktor.

Oleh itu, saya sarankan anda untuk mencuba set vitamin slip disc shaklee. 

                       


i) Vivix

Merupakan agen anti penuaan di mana menjaga keanjalan strktur disc tulang belakang dan mengurangkan risiko slip disc. Ia juga menyokong kesihatan sendi tulang dan kesihatan tubuh dengan memberikan kesihatan secara menyeluruh. 


ii) Omega Guard

Asid lemak omega 3 sangat penting untuk badan kita kerana membantu melindungi saraf daripada tercedera. Berdasarkan kajian dalam Journal of Neuroscience menyatakan bahawa Omega 3 dikatakan memainkan peranan yang penting dalam mempercepatkan pemulihan kecederaan saraf. 

Tambahan lagi, ia juga merupakan anti inflamasi baik di mana membantu mengurangkan keradangan akibat sakit sendi dan megurangkan degradasi tulang.  


iii) Ostematrix

Merupakan gabungan kalsium, magnesium dan beberapa vitamin mineral yang lain. Kalsium sangat penting dan baik untuk tubuh badan kita bagi memastikan tulang kita menjadi kuat dan padat. 

Ia juga penting untuk kesihatan ligamen dan otot. 

Ostematrix shaklee ini dilengkapi dengan vitamin D iaitu fungsinya untuk membantu penyerapan kalsium dengan lebih cekap untuk pertumbuhan tulang. 

iv) B Complex

Membantu untuk mengawal stress dan melancarkan peredaran darah dengan mengawal darah tersumbat di dalam urat saraf yang menjadi salah satu penyebab kepada penyakit slip disc. 



Testimonial Pesakit Slip Disc 

                 


Jika anda seorang yang ingin sihat daripada penyakit slip disc dan inginkan pengambilan vitamin tambahan serta tidak mahu hanya bergantung kepada ubat-ubatan sahaja anda bolehlah mengambil suplemen shaklee ini. 

Penyakit slip disc ini bukanlah satu penyakit yang biasa sahaja tetapi ia boleh menganggu penampilan diri, menyebabkan tekanan dan rasa kesengsaraan sepanjang waktu.

Oleh yang demikian, bertindaklah dengan segera sekiranya anda salah seorang pesakit Slip Disc ini.Saya sangat mengesyorkan set slip disc ini kerana telah terbukti akan keberkesanannya.



Jadi, apa yang perlu anda lakukan? Mudah sahaja. Anda hanya perlu hubungi saya sahaja.Saya akan bantu anda dengan memberi konsultasi secara PERCUMA dan jadual makan ubat yang betul.

Anda juga boleh klik ikon di bawah ini untuk pembelian.


                           
 order di sini

 
                                 

Pengedar Sah Shaklee Kuala Kangsar Perak: Zuraida
(Shaklee ID 1244308)

012-5511310 (Call/whatsapp/sms)

Fb: zuraida mohamad karim

ig: zuraidakarim

COD : Kuala Kangsar, Manong, Jerlun, Padang Rengas, Tg Rambutan, Tambun






             

3 comments:

  1. Semoga semua pesakit slip disc dipermudahkan urusan dan berjumpa dengan rawatan yang bersesuaian dan mujarab untuk dirinya.

    ReplyDelete
  2. Jika tulang belakang yg paling bwh(L5) terkeluar sedikit adakah dipanggil slip disc jgk?

    ReplyDelete