Follow Us @zuraidakarim

Saturday 30 December 2017

Lihat Pesakit Slip Disc Ini Kembali Sembuh Tanpa Pembedahan

December 30, 2017 3 Comments

Slip Disc....

Tahukah anda mengenai slip disc ini? Adakah anda salah seorang pesakit slip disc?

Saya ada beberapa kenalan yang menghidap penyakit slip disc. Memang sukar dan susah untuk menjalani kehidupan seharian. Jadi, dengan perkongsian maklumat mengenai slip disc ini saya harap ianya adalah perkongsian yang bermanfaat kepada anda.

                 



Apa itu Slip Disc?


Slip disc ini sebenarnya merujuk kepada bahagian disc atau kusyen pelapik tulang belakang yang beralih tempat, membonjol ke hadapan dan lantas menekan bahagian saraf tunjang (spinal cord) atau saraf akar (nerve root) tulang belakang pesakit.

Disc tulang belakang kita terdiri daripada dua bahagian iaitu Annulus Fibrosus Nucleus Polposus. Ia berfungsi sebagai pelapik antara ruas tulang belakang (vertebral body) dan bertindak sebagai penyerap tekanan serta membenarkan pergerakan berlaku antara tulang belakang kita.

Masalah slip disc ini berlaku apabila struktur Annalus Fibrosus terkoyak dan ini membolehkan Nucleus Polposus menerobus keluar dan menekan struktur saraf.

                                                         Bagaimana Slip Disc Terjadi



Punca Slip Disc

Antara punca-punca yang dikenal pasti ialah :

1) Trauma

Contohnya pesakit jatuh terduduk, kemalangan jalan raya dan sebagainya.

2) Duduk Terlalu Lama

Contohnya pemandu lori atau bas yang duduk memandu berjam-jam lamanya kerana memandu.

3) Mengangkat Bebanan Yang Berat

Contohnya kerana pekerjaan atau mendukung anak terlalu lama.

4) Tidak Menjaga Postur

Ini berlaku apabila ketida duduk atau mengangkat barang dengan postur yang tidak betul. Posisi membongkok akan menyebabkan disc menekan saraf di belakang.

         


Tanda Awal Slip Disc

Individu yang mengalami slip disc secara umumnya akan datang dengan rasa sakit belakang yang menjalar ke bahagian belakang punggung, peha dan kadangkala betis mereka. 

Dalam kes yang teruk mereka mungkin kehilangan kekuatan pada otot kaki dan mengalami rasa kebas pada sebelah atau kedua-dua kaki. 

Terdapat juga kes yang serius di mana pesakit tidak dapat mengawal kencing dan tercirit. Ini adalah disebabkan oleh tekanan saraf yang serius dan pesakit ini memerlukan pembedahan dengan segera.  

                   



Kaedah Rawatan Slip Disc

1) Fisioterapi

Kaedah senaman yang dijalankan bersama pakar untuk menguatkan otot termasuklah mengunakan tuala panas pada bahagian yang sakit.

2) Rehat Secara Tenang dan Relaks

Cuba pelbagai posisi rehat yang boleh menurunkan kadar sakit belakang seminimumnya untuk merasai keselesaan yang sebaik mungkin. 

Kaedahnya seperti berbaring di atas lantai yang rata, berlapik tilam sederhana dengan bantal di kepala dan di bawah kaki atau berbaring mengiring dengan bantal di antara celah kaki. 

3) Berjalan kaki sedekat boleh  

Ambil sedikit masa antara 10 minit hingga 20 minit berjalan di atas permukaan rata iaitu tidak curam, bertangga atau mendaki.

Ulangi untuk setiap 2 atau 3 jam sekali. Berjalan dalam jarak yang pendek memadai supaya boleh mengawal kesakitan dan tidak timbul masalah sakit kaki. 

4) Pengambilan Suplemen Semulajadi

Dengan pengambilan suplemen secara berterusan ia boleh membantu masalah slip disc anda secara dalaman setelah rawatan asas dan rujukan doktor.

Oleh itu, saya sarankan anda untuk mencuba set vitamin slip disc shaklee. 

                       


i) Vivix

Merupakan agen anti penuaan di mana menjaga keanjalan strktur disc tulang belakang dan mengurangkan risiko slip disc. Ia juga menyokong kesihatan sendi tulang dan kesihatan tubuh dengan memberikan kesihatan secara menyeluruh. 


ii) Omega Guard

Asid lemak omega 3 sangat penting untuk badan kita kerana membantu melindungi saraf daripada tercedera. Berdasarkan kajian dalam Journal of Neuroscience menyatakan bahawa Omega 3 dikatakan memainkan peranan yang penting dalam mempercepatkan pemulihan kecederaan saraf. 

Tambahan lagi, ia juga merupakan anti inflamasi baik di mana membantu mengurangkan keradangan akibat sakit sendi dan megurangkan degradasi tulang.  


iii) Ostematrix

Merupakan gabungan kalsium, magnesium dan beberapa vitamin mineral yang lain. Kalsium sangat penting dan baik untuk tubuh badan kita bagi memastikan tulang kita menjadi kuat dan padat. 

Ia juga penting untuk kesihatan ligamen dan otot. 

Ostematrix shaklee ini dilengkapi dengan vitamin D iaitu fungsinya untuk membantu penyerapan kalsium dengan lebih cekap untuk pertumbuhan tulang. 

iv) B Complex

Membantu untuk mengawal stress dan melancarkan peredaran darah dengan mengawal darah tersumbat di dalam urat saraf yang menjadi salah satu penyebab kepada penyakit slip disc. 



Testimonial Pesakit Slip Disc 

                 


Jika anda seorang yang ingin sihat daripada penyakit slip disc dan inginkan pengambilan vitamin tambahan serta tidak mahu hanya bergantung kepada ubat-ubatan sahaja anda bolehlah mengambil suplemen shaklee ini. 

Penyakit slip disc ini bukanlah satu penyakit yang biasa sahaja tetapi ia boleh menganggu penampilan diri, menyebabkan tekanan dan rasa kesengsaraan sepanjang waktu.

Oleh yang demikian, bertindaklah dengan segera sekiranya anda salah seorang pesakit Slip Disc ini.Saya sangat mengesyorkan set slip disc ini kerana telah terbukti akan keberkesanannya.



Jadi, apa yang perlu anda lakukan? Mudah sahaja. Anda hanya perlu hubungi saya sahaja.Saya akan bantu anda dengan memberi konsultasi secara PERCUMA dan jadual makan ubat yang betul.

Anda juga boleh klik ikon di bawah ini untuk pembelian.


                           
 order di sini

 
                                 

Pengedar Sah Shaklee Kuala Kangsar Perak: Zuraida
(Shaklee ID 1244308)

012-5511310 (Call/whatsapp/sms)

Fb: zuraida mohamad karim

ig: zuraidakarim

COD : Kuala Kangsar, Manong, Jerlun, Padang Rengas, Tg Rambutan, Tambun






             

Thursday 28 December 2017

Dapatkah Penyakit Bells Palsy Dipulihkan Sepenuhnya?

December 28, 2017 0 Comments

Cuba anda bayangkan.

Pada suatu hari anda bangun dari tidur dan anda rasa kelainan pada sebelah muka.Wajah sebelah kiri rasa terjatuh, bibir terjuih begitu juga dengan pipi dan mata pula sukar dikerdip atau tutup rapat. Pasti anda akan rasa risau kan?

Penyakit apa yang anda alami?adakah minor strok?

Tidak semua orang arif tentang penyakit Bells Palsy ini. Malah penyakit ini jarang kita dengar.Atas sebab itulah saya terpanggil untuk menghuraikan lebih mendalam lagi tentang penyakit ini.
                       


Apakah itu Bells Palsy?

Bells Palsy adalah satu penyakit kelumpuhan muka idiopatik (tidak diketahui punca) akibat disfungsi saraf tengkorak VII (saraf muka) yang mengakibatkan ketidakupayaan mengawal otot muka pada bahagian yang terjejas. 

Pada kebiasaannya bagi mereka yang mengalami Bells Palsy akan terasa kebas di bahagian sebelah muka manakala mata dan mulut tidak dapat bergerak seperti sediakala asal. 

Bells Palsy Bukanlah Minor Stroke

Telah dibuktikan bahawa Bells Palsy bukanlah minor stroke. Ini adalah kerana pesakit yang mengalami stroke biasanya mengakibatkan bukan sahaja kelumpuhan pada wajah malah tangan dan beberapa anggota badan yang lain turut terjejas. 

Berbeza dengan Bells palsy di mana pesakitnya hanya mengalami lumpuh di muka bukan disebabkan oleh tekanan darah tinggi, diabetes atau sebagainya.

Bagaimana Bells Palsy Terjadi?   

Biasanya, ia berlaku tiba-tiba secara separa namun dalam kes tertentu (peratusan rendah) ia boleh mnyebabkan kelumpuhan kedua-dua belah muka. 

Punca menyebabkan boleh terjadinya penyakit ini tidak dapat dikenal pasti. Mungkin ia disebabkan oleh radang akibat daripada jangkitan viral seperti herpes yang menyebabkan saraf muka menjadi bengkak.

Saraf tersebut bergerak melalui tengkorak dalam tulang kecil di bawah telinga. Disebabkan ia membengkak dan mampat dalam saluran tulang yang sempit, dipercayai dalam keadaan ini boleh mengakibatkan kerosakan atau perencatan pada saraf tersebut. 

Tekanan juga boleh mengakibatkan terjadinya penyakit Bells Palsy ini. Contohnya tekanan di tempat kerja ataupun tertekan di tempat peperiksaan. (Ramai anak gadis menghadapi masalah ini).

Para wanita yang paling senang untuk terkena penyakit ini. Terutamanya ibu yang sedang hamil. 

                           
                                        Bagaimana Bells Palsy berlaku di muka sahaja?


Siapakah Yang Berisiko Untuk Menghidap Penyakit Bells Palsy?

Ianya kerap terjadi kepada:

               1) Wanita yang hamil dan memasuki fasa trimester ketiga

               2) Penderita diabetes

              3)  Penghidap HIV

              4) Wanita yang baru lepas melahirkan bayi

              5) Ahli keluarga yang pernah diserang penyakit Bells Palsy



Simptom Terjadinya Bells Palsy

  • Tiada deria rasa untuk makan
  • Kelopak mata tidak boleh berkedip atau dititup dan dibuka
  • Masalah untuk menggosok gigi akibat daripada masalah ketika makan
  • Pipi atau sebelah muka kelihatan jatuh


Rawatan Pesakit Bells Palsy

Cara rawatan tertentu dikatakan mampu untuk merawat penyakit Bells Palsy. Ia samada tertumpu kepada merawat punca utama gangguan saraf yang terjejas atau kesan sampingan akibat Bells Palsy.

Antara rawatannya ialah:

1) Ubat titis mata 

Penderita bells palsy akan mengalami kesukaran untuk menutup mata. Mata akan menjadi mudah kering dan mudah terkena infeksi. Ubat titis mata ini digunakan untuk mengubati masalah mata tertutup.


2) Fisioterapi

Ahli fisioterapi akan mengajar dan membantu serta melatih pesakit untuk membuat senaman ataupun pergerakan bagi menguatkan otot-otot. 


3) Pembedahan Plastik

Pembedahan ini tidak akan mampu mengembalikan saraf seperti sediakala. Ia akan melindungi mata dan memperbaiki penampilan wajah serta meningkatkan fungsi wajah yang kaku dan layu. 

Pembedahan plastik ini dilakukan untuk memperbaiki fungsi kelopak mata, memperbaiki posisi mulut, membantu dalam percakapan, makan minum serta memperbaiki keseimbangan bentuk wajah.


4) Ubat Tahan Sakit

Ubat penahan sakit seperti aspirin, acetaminophen dan ibuprofen boleh membantu melegakan kesakitan. 


5) Vitamin Methycobal / Methycobalamin

Merupakan supplement untuk saraf kita iaitu vitamin B12 dimana fungsinya adalah untuk membantu fungsi saraf sekaligus mengurangkan keradangan dan tekanan. 

Oleh itu, saya cadangkan vitamin Bcomplex Shaklee kerana dalam vitamin ini terdapat B1, B2, B3, B6 dan B12. 

                             


Vitamin B1 (Thiamin) 

Berfungsi untuk melancarkan perjalanan darah. Sangat penting untuk pesakit Bell Palsy kerana masalah otot yang lemah ataupun lumpuh yang boleh mengakibatkan peredaran darah terbantut sekaligus menjadikan sel terus mati. 


Vitamin B6 (Pyrodixine)  

Terlibat dalam pembentukan myelin, lapisan protein yang membentuk sekitar sel-sel saraf. 


Vitamin B12 

 Untuk melegakan keradangan saraf otot dan tekanan di bahagian yang membengkak. Ia adalah komponen asas yang penting untuk pertumbuhan dan memulihkan saraf-saraf yang telah rosak. 

                               
                 

Digabungkan sekali dengan VIVIX iaitu sirap pekat bewarna merah yang dihasilkan daripada tumbuhan semulajadi.

Ia mengandungi revestrol yang tinggi untuk menghasilkan sel-sel baru dan memulihkan sel yang telah rosak. Ia bertindak sehingga ke DNA kita.

Vivix juga mempunyai khasiat antioksidan yang tinggi dan kerana itulah ianya sangat sesuai untuk penyakit Bells Palsy dan stroke seluruh badan.

Banyak positif fedback daripada pesakit Bells Palsy yang mengamalkan Bcomplex dan Vivix secara konsisten.



Testimonial Pesakit Bells Palsy Yang Telah Pulih


                   

               

                       



Penyakit Bells Palsy ini adalah satu penyakit yang serius dan perlu dipulihkan secepat yang mungkin. Hampir 35 hingga 40 peratus mengambil masa lebih kurang setahun untuk pulih. Bukankah ianya satu jangka masa yang panjang?

Apabila muka senget sebelah, mata tidak boleh tutup mana mungkin ianya satu keselesaan kepada kita.Pastinya hilang kenyakinan diri untuk berhadapan dengan orang lain.

Oleh yang demikian, bertindaklah dengan segera sekiranya anda salah seorang pesakit Bells Palsy ini.Saya sangat mengesyorkan VIVIX dan Bcomplex ini kerana telah terbukti akan keberkesanannya.



Jadi, apa yang perlu anda lakukan? Mudah sahaja. Anda hanya perlu hubungi saya sahaja.Saya akan bantu anda dengan memberi konsultasi secara PERCUMA dan jadual makan ubat yang betul atau klik link di bawah

   
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=a2dfe9c457376a26ddb3ca21518d7376

Pengedar Sah Shaklee Kuala Kangsar Perak: Zuraida
(Shaklee ID 1244308)

012-5511310 (Call/whatsapp/sms)

Fb: zuraida mohamad karim

ig: zuraidakarim

COD : Kuala Kangsar, Manong, Jerlun, Padang Rengas, Tg Rambutan, Tambun





Tuesday 26 December 2017

Punca Hyperthyroid Dan Cara Mengawal

December 26, 2017 0 Comments
Pernahkah anda mendengar tentang Hyperthyroid? Apakah itu Hyperthyroid?

Pasti kita akan menjadi risau apabila doktor sahkan sebagai  penghidap penyakit Hyperthyroid. Lebih merisaukan lagi bila kita sendiri tidak tahu langsung mengenai penyakit ini dan bagaimanakah cara untuk merawat hyperthyroid.

Hyperthyroidism merupakan salah satu penyakit tiroid selain daripada Hypothyroidism. Tiroid pula ialah merupakan salah satu kelenjar yang berbentuk rama-rama di bahagian leher kita. Fungsi tiroid dalam badan kita adalah untuk mengawal metabolisma badan dengan melepaskan hormon yang dipanggil T3( hormon triiodothronine) dan T4 (hormon thyroxine).

                             
                             
punca-hyperthyroid-dan-cara-mengawal

Bagaimana Hyperthyroidism terjadi?

Hyperthyroidism berlaku apabila kelenjar tiroid mengeluarkan hormon berlebihan. Biasanya ia disebabkan penyakit autoimun manakala badan manusia pula menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kalenjar tiroid. 

Hyperthyroidism berlaku apabila kelenjar tiroid terlalu aktif dan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin. 

Selain itu, ianya juga terjadi apabila hormon untuk T3 dan T4 dirembeskan berlebihan menyebabkan metabolisma badan menjadi tinggi. 


Apakah Punca Hyperthyrodism?

Banyak keadaan yang boleh menyebabkan terjadinya hyperthyrodism ini. Salah satunya ialah berpunca daripada sejenis penyakit autoimun yang dipanggil penyakit Graves. 

Penyakit Graves menyebabkan antibodi merangsang kelenjar tiroid untuk mengeluarkan terlalu banyak hormon. Penyakit Graves ini juga lebih kerap berlaku kepada wanita berbanding lelaki  dan juga boleh diwarisi dalam keluarga. 

Sebab-sebab lain termasuklah:

  • Iodin yang berlebihan (iodin adalah bahan untama dalam T4 dan T3)
  • Tumor di ovari atau testis.
  • Radang tiroid yang menyebabkan T4 dan T3 bacor daripada kelenjar. 


             
punca-hyperthyroid-dan-cara-mengawal

Tanda Hyperthyrodism adalah:

i) Kerap rasa gelisah dan tidak menentu. Tangan menjadi menggeletar.

ii) Dengupan jantung yang laju dan sentiasa berdebar-debar.

Ianya adalah disebabkan oleh jumlah yang tinggi T4 dan T3 atau kedua-duanya sekaligus menyebabkan kadar metabolisma yang terlalu tinggi. 

iii) Berpeluh dengan banyak dan tidak tahan dengan haba.

iv) Kerap membuang air besar, hilang berat badan dan kitaran haid yang tidak menentu (pada wanita).

Gejala Hyperthrodism yang lain:


                       - Keguguran rambut

                      - Sukar tidur
                      - Selera makan bertambah

                     - Pening dan muntah

                     - Tidak dapat menumpukan perhatian

                      - Pembesaran payudara di kalangan lelaki

                      - Lemah



Dapatkan rawatan doktor dengan segera sekiranya anda mengalami simptom-simptom tersebut:

  • Sesak nafas
  • Kehilangan kesedaran
  • Kadar jantung yang tidak teratur cepat
  • Pening

Amat bahaya sekali sekiranya anda tidak berwaspada dengan tanda-tanda ataupun simptom di atas. Ini adalah kerana hyperthyrodism boleh menyababkan fibrilasi atrium iaitu aritmia yang berbahaya yang boleh membawa kepada strok dan juga kegagalan jantung kongestif. 

Aritmia adalah masalah denyutan jantung yang tidak sekata.  


Apakah Yang Boleh Anda Lakukan Untuk Mengurangkan Simptom Hyperthyrodism?

Pengambilan makanan yang seimbang adalah amat penting dalam membantu untuk mengurangkan simptom hyperthyrodism terutamanya kalsium dan natrium. 

Dapatkan nasihat doktor untuk mengetahui diet yang sesuai untuk anda, suplemen atau makanan tambahan serta senaman yang sesuai. 

Simptom hyperthyrodism ini juga dapat dikurangkan berkaitan dengan sistem antibodi. Ia akan mengambil masa yang lama untuk sembuh. Salah satunya dengan pengambilan vitamin/ suplemen.


Suplemen Yang Boleh Membantu Anda


Vivix Shaklee antara yang paling sesuai untuk membantu mengawal penyakit hyperthyrodism ini. 

Kandungan vivix iaitu campuran unik dari Polyganum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu. Keempat-empat bahan ini memang terkenal dengan sebatian polifenol. 

Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan. VIVIX bertindak dengan cara merawat penyakit dari peringkat sel. 

Kandungan revestrol dalam VIVIX juga membantu untuk menstabilkan hormon tiroid. Ini diperakui oleh kajian dan journal yang dikeluarkan. 

                         
punca-hyperthyroid-dan-cara-mengawal



Testimonial Pesakit Yang Telah Menggunakan VIVIX


                           
punca-hyperthyroid-dan-cara-mengawal

punca-hyperthyroid-dan-cara-mengawal


Sebenarnya, penyakit tiroid ini boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera, apatah lagi kepada ibu hamil serta bayi dalam kandungan. Ia boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pramatang, janin kecil dan kecacatan mental. 

Bagi pesakit hyperthrodism ini pemeriksaan berkala sangatlah penting dan sentiasa di bawah pemantauan doktor.  Ubat-ubatan juga perlu sentiasa diambil yang mana terdapat kesan sampingan yang tidak baik kepada tubuh badan anda. Perkara inilah yang sangat membimbangkan.

Persoalannya sampai bilakah anda perlu bergantung kepada ubat-ubatan ini.Oleh itu, jika anda salah seorang pesakit tiroid tidak kira samada hypothrodism mahupun hyperthyrodism, saya sangat mengesyorkan agar anda menjadikan VIVIX ini sebagai suplemen anda.



Jadi, apa yang perlu anda lakukan? Mudah sahaja. Anda hanya perlu hubungi saya sahaja.Saya akan bantu anda dengan memberi konsultasi secara PERCUMA.

Pengedar Sah Shaklee Kuala Kangsar Perak: Zuraida
(Shaklee ID 1244308)

012-5511310 (Call/whatsapp/sms)

Fb: zuraida mohamad karim

ig: zuraidakarim

COD : Kuala Kangsar, Manong, Jerlun, Padang Rengas, Tg Rambutan, Tambun














Saturday 23 December 2017

Cara- Cara Atasi Wajah Lesu

December 23, 2017 0 Comments
Wajah yang keletihan lesu dan kusam sedikit sebanyak mencacatkan penampilan wanita dan mengurangkan keyakinan diri. Golongan yang berdepan dengan masalah ini akan kelihatan keletihan yang sudah pasti ia menyusut nilai kecantikan.

Bagi membantu anda mengatasi masalah ini, saya kongsikan 7 petua yang dapat menaikkan seri dan menyegarkan kembali wajah.

                                   
cara-cara-atasi-wajah-lesu


7 Cara Atasi Wajah Lesu

1) Ais Menyegarkan


Sebaik sahaja bangun tidur, oles wajah dengan ketulan ais. Ia dapat membantu memberi kesegaran pada wajah di samping menegangkan kulit. Selain ais, anda juga boleh gantikan dengan air sejuk. Bilas wajah setiap pagi dengan air sejuk. Anda pasti gembira dengan hasilnya.


2) Senaman Wajah


Seperti anggota tubuh yang lain, wajah juga memerlukan senaman yang mana senaman ringan ini membantu meredakan otot pada wajah dan membekalkan oksigen. Senaman wajah yang paling mudah dan berkesan adalah dengan cara mengunyah gula-gula getah. Lakukan setiap hari dan perhatikan perubahan pada wajah anda. 


                                 
cara-cara-atasi-wajah-lesu



3) Elak Stress


Stress bukan sahaja menganggu emosi malah ia menghakis kecantikan wanita. Wanita yang mengalami stress yang keterlaluan akan terpamer pada wajah. Stress menyebabkan proses penuaan berlaku dengan pantas dan membuatkan wajah tampak lesu. Lantaran atasi stress dengan bijak.

Senyuman dan gurau senda antara tip berkesan untuk mengurangkan stress.


4) Kelopak Bunga Mawar


Wanita bangsawan menggunakan bunga mawar untuk membelai tubuh. Inilah rahsia kecantikan mereka. Pati mawar digunakan untuk menyegarkan wajah dan mengharumkan tubuh. Mereka merendam tubuh dalam air mawar untuk menaikkan aura.

 Amalan lain ialah dengan memakan kelopak bunga mawar setiap hari. Amalan ini dikatakan mampu menjadikan kulit gebu dan berseri.


                           
cara-cara-atasi-wajah-lesu


5) Urutan


Wajah dan tubuh perlu diurut sekurang-kurangnya sebulan sekali. Teknik urutan pada wajah akan membantu melancarkan perjalanan darah, membuang angin, mengatasi keletihan dan menjadikan wajah segar serta berseri.

Urutan dengan teknik khusus sama ada secara manual atau mesin juda dapat membantu membentuk wajah lebih menarik.

                         


6) Jaga Waktu Tidur


Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi kerana ketika tidur kulit akan membaharui sel. Anda mesti mendapatkan rehat dan sesekali manjakan tubuh di spa.

Harus diingat, tidur yang berlebihan turut memberi kesan sampingan. Bukan sahaja wajah tampak kusam dan mata sembap malah tabiat buruk ini membuatkan tubuh lesu.


7) Pengambilan Suplemen


Suplemen adalah sangat penting untuk diambil dan diamalkan secara konsisten. Ini adalah kerana pengambilan suplemen secara berterusan akan membantu untuk mencantikkan kulit wajah serta menghilangakan wajah yang lesu sekaligus menyegarkan tubuh badan.

Oleh yang demikian, suka untuk saya mengesyorkan Set Kulit Cantik Shaklee.


Vitamin Untuk Kulit Cantik Adalah Vitamin C, Vitamin E, Vitamin Bcomplex, ESP

      

                         
cara-cara-atasi-wajah-lesu

1) Vitamin C

Ia dapat membantu untuk mencerahkan kulit. Kulit yang cerah dan cantik adalah kulit yang mempunyai lapisan kolagen yang mencukupi iaitu kulit yang bebas daripada jeragat dan jerawat.

Dengan Vitamin C Sustained Release ini ia dapat memastikan Vitamin C bertahan selama 5 jam di dalam badan. 



                                     
                                           
                         

2) Vitamin E

Sinaran matahari yang terus pada kulit boleh menyebabkan radikal bebas merosakkan sel kulit kita. Jadi, dengan pengambilan Vitamin E ia dapat melindungi ataupun menjadi benteng pertahanan sebelum sinaran UV masuk ke sel kulit.

Vitamin E merupakan sunblock natural dan bertindak sebagai perlindung UV.



                                                     

3) Vitamin B-Complex

Ia mengandungi set lengkap 8 jenis vitamin termasuk asid folik. Ia juga dapat membantu kulit wajah untuk kelihatan lebih glowing dan tidak kusam.  

Selain itu, vitamin ini merupakan vitamin anti stress yang dapat mengelakkan pertumbuhan jeragat dan jerawat biasa di muka. 



                         


4) ESP 

ESP iaitu protein berasaskan soya dapat membantu untuk kulit yang bersih dan berseri kerana ia membantu untuk memperbaiki sel-sel kulit mati.

Kulit mati semakin lama semakin dibiarkan memang mudah untuk jerawat atau jeragat untuk naik di muka.


Terdapat juga pilihan lain untuk mencantikkan dan menyerikan kulit anda iaitu Vivix untuk kecantikan secara keseluruhan, GLA dan Alfalfa.


Saya kongsikan juga beberapa testimonial untuk kulit cantik, bersih dan berseri.


Testimonial Kulit Cantik, Bersih dan Berseri








Jangan biarkan masalah kulit pada wajah anda berlarutan dan lama. Kulit yang kusam dan wajah yang lesu akan menghilangkan keyakinan diri dan menambahkan lagi tekanan pada anda.

Pasti kita mahu yang terbaik untuk diri kita dan sentiasa kelihatan cantik berseri.


Jadi, apa yang perlu anda lakukan? Mudah sahaja. Anda hanya perlu hubungi saya sahaja.Saya akan bantu anda dengan memberi konsultasi secara PERCUMA.

Pengedar Sah Shaklee Kuala Kangsar Perak: Zuraida
(Shaklee ID 1244308)

012-5511310 (Call/whatsapp/sms)

Fb: zuraida mohamad karim

ig: zuraidakarim

COD : Kuala Kangsar, Manong, Jerlun, Padang Rengas, Tg Rambutan, Tambun








Thursday 21 December 2017

Rahsia Tulang Patah Cepat Sembuh Dan Bercantum Dengan Elok

December 21, 2017 0 Comments


Adakah anda mengalami masalah tulang patah yang lambat sembuh? Sehingga memerlukan masa yang panjang ataupun berbulan-bulan lamanya untuk bercantum dengan elok. Sebelum saya menghuraikan lebih panjang tentang rahsia tulang patah cepat sembuh dan bercantum dengan elok, saya akan ceritakan serba sedikit tentang tulang patah.

Tulang patah


Apakah Itu Tulang Patah? 


Potensi untuk semua orang mengalami tulang patah adalah tinggi. Malah ianya boleh terjadi bila-bila masa sahaja samada disebabkan oleh terjatuh ataupun terlibat dengan kemalangan. Pada kebiasaannya doktor akan simenkan mana-mana bahagian yang patah untuk sel tisu tumbuh semula dan bagi mengelakkan pergerakan yang banyak.

Bagaimana Tulang Patah Mudah Terjadi?


Banyak sebab atau punca mudah terjadinya tulang patah ini. Antaranya ialah:

i) Wanita mengandung, menyusukan anak, bersalin dan haid.

Kalsium wanita akan ditarik banyak ketika ini. Contoh wanita yang mengandung berkongsi semua jenis nutrisi dengan bayi dalam kandungannya dan haid yang keluar akan menarik sekali kalsium dalam badan. 

ii) Penyakit Kencing Manis

Penghidap kencing manis yang lama akan menghadapi masalah tulang mudah patah ataupun rapuh. Kalsium di dalam badan akan hilang sedikit demi sedikit.  

 Bahayakan.





iii) Merokok

 Amalan merokok bukanlah satu amalan yang baik malah merokok memudaratkan kesihatan tubuh badan kita. Merokok juga akan menganggu sistem penyerapan kalsium di ususnya sekaligus mengakibatkan tubuh badan tidak dapat menerima mineral secukupnya. 

                                    Image result for rokok penyebab kanser tulang
                                     

iv) Kemalangan

Kemalangan yang teruk boleh menyebabkan tulang pada badan kita terkena hentakan yang kuat. Proses untuk sembuh akan mengambil masa seiring dengan pengambilan nutrisi dan vitamin untuk tulang yang cukup secara konsisten.


Apa Yang Perlu Dibuat Apabila Tulang Patah?


Semasa proses untuk menyembuhkan tulang yang patah perkara yang paling penting ialah saluran darah perlu aktif dan lancar untuk mana-mana bahagian yang patah ataupun retak.Ini adalah kerana bagi memastikan segala nutrisi yang diambil akan memulihkan bahagian berkenaan.  

Pengambilan vitamin semulajadi juga amat penting ketika ini bagi membantu untuk mempercepatkan proses penyembuhan tulang patah dan bercantum dengan elok. Oleh itu, saya syorkan anda untuk menggunakan Set Tulang Patah Shaklee ini.

Suplemen untuk merawat tulang patah ialah:


1. Vivix

Sangat membantu untuk mengelakkan bengkak kaki dan mempercepatkan proses penyembuhan serta tulang kembali bercantum semula.                                          

2. ESP untuk pertumbuhan sel baru

Kandungan protein diperlukan untuk pertumbuhan sel-sel baru bagi menggantikan sel tulang yang telah patah ataupun rosak.


3. Ostematrix untuk kuatkan pembentukan tulang

Pembentukan tulang lembut hingga tulang keras sangat memerlukan kalsium yang tinggi. Bagi memastikan penghasilan sel tisu yang baru untuk tulang.


4. Omega Guard untuk mengurangkan inflamasi.
5. Vitamin C untuk merangsang penghasilan kolagen yang merupakan protein utama dalam matriks tulang.                                      

Testimoni Merawat Tulang Patah Dengan Shaklee





rahsia-tulang patah-cepat sembuh

Tulang yang patah boleh menyebabkan kecacatan kekal iaitu sepanjang hayat kita akan mengalaminya jika tidak dirawat dengan segera ataupun dengan cara yang betul.Mungkin ada yang beranggapan bahawa dengan cara mengurut ia dapat membetulkan kembali.

Namun demikian, ianya bukanlah pulih secara keseluruhan ataupun sepenuhnya. Ia juga memerlukan nutrisi yang cukup untuk menyokong penyembuhan tulang tersebut.

Jadi, jangan biarkan terlalu lama tulang patah anda tanpa sebarang suplemen yang mana akan menyebabkan kecacatan seumur hidup.

Hubungi saya dengan kadar segera dan saya akan memberi khidmat nasihat secara PERCUMA kepada anda.   

Pengedar Sah Shaklee Kuala Kangsar Perak: Zuraida
(Shaklee ID 1244308)

012-5511310 (Call/whatsapp/sms)

Fb: zuraida mohamad karim

ig: zuraidakarim

COD : Kuala Kangsar, Manong, Jerlun, Padang Rengas, Tg Rambutan, Tambun






Vivix Antioksidan Terbaik

December 21, 2017 0 Comments
Tentu ramai pernah dengar antioksidan dapat membantu kita untuk jadi sihat dan cantik.tetapi bagaimanakah caranya?Contoh yang paling mudah adalah ambil sebiji epal dan makan kemudian tinggalkan dalam suhu bilik, tengoklah pada perubahan epal tersebut. Epal itu akan berubah menjadi perang disebabkan oleh proses pengoksidaan yang menghasilkan produk sampingan iaitu radikal bebas.Ini juga yang berlaku terhadap pada badan kita iaitu tindak balas biokimia.

Jadi badan memerlukan antioksidan seperti vitamin, mineral dan enzim yang dapat melindungi tubuh dan memperlahankan kemusnahan sel disebabkan oleh pengoksidaan bagi memastikan badan kita sentiasa sihat.

Apakah antioksidan yang terbaik?Produk apakah yang terbaik?

Jawapannya ialah pada VIVIX iaitu merupakan suplemen anti penuaan terbaik didunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee Syarikat No 1 supplemen makanan di Amerika.
Di dalam satu penemuan utama, kajian klinikal terkini menunjukkan ramuan aktif vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sellular.

Di dalam kajian makmal, ramuan vivix telah menunjukkan ia memberi impak kepada empat mekanisma utama penuaan pada tahap sellular iaitu:
• Melindungi dan membaiki sellular DNA
• Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
• Menggalakkan biogenesis iaitu pembentukan baru mitochondria
• Melambatkan pembentukan protin AGE (Advanced Glycation End products)

Selain daripada itu, Vivix juga menolong atau membantu menjaga serta memelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan system imun, kesihatan sendi, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga pada tahap sellular, kesihatan dan kesejahteraan.
4 RAMUAN SEMULA JADI VIVIX:
• Muscadine Grape: Anggur hebat ini adalah satu-satunya anggur di alam semulajadi yang menyediakan lebih banyak faedah kesihatan, fungsi imun yang lebih tinggi dan sifat antioksidan yang lebih kukuh.
• Purple Carrot : Sumber terbaik vitamin A dan mengandungi phytokimia serta antioksidan yang mustajab.
• Elderberry (Sambucus Nigra) : Keberkesanannya dalam mengubati flu terutama sekali influenza B.Ia merupakan Berry yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat.
• Polygonum Cuspidatum : Ia juga dikenali sebgai Knotweed Jepun dan merupakan sumber komersial Resveratrol yang juga terdapat dalam estrak kulit anggur merah.


Berminat untuk membeli vivix boleh contact sy untuk mengetahui lebih lanjut Zuraida:
whatsap : 0125511310
Fb : zuraida mohamad karim
Nak COD barang pun bole area kuala kangsar, jerlun,padang rengas, manong, ipoh, tambun...

Thursday 14 December 2017

Friday 1 December 2017

Promo Vivix Bulan Disember

December 01, 2017 0 Comments
DAH LAMA TERLIUR DENGAN VIVIX NI, BILA NAK PROMO? 

HARI INI tuan-tuan dan puan-puan adik kakok. 

Begini nilai cash back untuk pembelian vivix bulan ni
2 botol = RM36.10
4 botol = RM115.52
6 botol = RM238.26

Udah la jimat 5% (lbih kurang rm40) untuk setiap 2 botol. 

4 botol jimat 10% 
6 botol jimat 15%

Eh,  bukanlah.. .. Beli 6 botol, percuma 1 botol worth RM 500 lah.. 
Wehuuu

Penjimatan ni BULAN INI SAHAJA tau. Beli Vivix dapat lagi 

FREE MEMBERSHIP
FREE POSTAGE 


Macam mana nak order? 
Klik ni
Www.wasap.my/60125511310/vivixpromo

Mudah je kan?

Sunday 26 November 2017

Aiskrim Paddle Pop Homemade

November 26, 2017 0 Comments
Aiskrim Paddle Pop Homemade

1 tin Susu cair/susu segar
3 sudu Susu pekat
2 sudu Gula
1 sudu Ovalette
Pewarna

Macamana nak buat aiskrim paddle pop homemade ni???

Mix semua bahan-bahan, pukul sehingga sebati. kami guna mixer, tapi bila lambat sangat nk sebati tu, kami blend je guna blender.

Then, asingkan adunan kepada 4 bahagian (sebab kami guna 4 jenis warna). Setiap bahagian, masukkan pewarna yang anda pilih.

Aiskrim Paddle Pop Homemade

4 warna Aiskrim Paddle Pop Homemade 
Masukkan adunan warna mengikut urutan yang anda suka ke dalam acuan aiskrim. Tak kisah nak start with yellow dulu ke, green ke, yang penting, last sekali nampak macam pelangi (paddle pop).

So, dah siap. Boleh masukkan acuan aiskrim tu ke dalam tempat beku peti ais rumah anda.



Tuesday 21 November 2017

Jamuan Perpisahan Hi Tea Papn Padang Rengas

November 21, 2017 0 Comments
Majlis ni diadakan di Hotel Syeun pada 18 November 2017.Semua ibubapa dan anak-anak 3 tahun dan 4 tahun terlibat dengan majlis ini..

Majlis ini bermula pada pukul 2.30 petang hingga 5.30 petang..

Ni gambar kami satu keluarga


Majlis ni bertemakan arabian..tu yang pakat pakai jubah..