Follow Us @zuraidakarim

Sunday 26 November 2017

Aiskrim Paddle Pop Homemade

November 26, 2017 0 Comments
Aiskrim Paddle Pop Homemade

1 tin Susu cair/susu segar
3 sudu Susu pekat
2 sudu Gula
1 sudu Ovalette
Pewarna

Macamana nak buat aiskrim paddle pop homemade ni???

Mix semua bahan-bahan, pukul sehingga sebati. kami guna mixer, tapi bila lambat sangat nk sebati tu, kami blend je guna blender.

Then, asingkan adunan kepada 4 bahagian (sebab kami guna 4 jenis warna). Setiap bahagian, masukkan pewarna yang anda pilih.

Aiskrim Paddle Pop Homemade

4 warna Aiskrim Paddle Pop Homemade 
Masukkan adunan warna mengikut urutan yang anda suka ke dalam acuan aiskrim. Tak kisah nak start with yellow dulu ke, green ke, yang penting, last sekali nampak macam pelangi (paddle pop).

So, dah siap. Boleh masukkan acuan aiskrim tu ke dalam tempat beku peti ais rumah anda.



Tuesday 21 November 2017

Jamuan Perpisahan Hi Tea Papn Padang Rengas

November 21, 2017 0 Comments
Majlis ni diadakan di Hotel Syeun pada 18 November 2017.Semua ibubapa dan anak-anak 3 tahun dan 4 tahun terlibat dengan majlis ini..

Majlis ini bermula pada pukul 2.30 petang hingga 5.30 petang..

Ni gambar kami satu keluarga


Majlis ni bertemakan arabian..tu yang pakat pakai jubah..






Friday 17 November 2017

Kawal Stress Dengan Bcomplex

November 17, 2017 0 Comments
SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 42 : NAJAH BAHIR
.

[KAWAL STRESS DENGAN BCOMPLEX]
.

Saya seorang yang bole juga dipanggil OCD..so apabila melakukan saya sangat pentingkan kesempurnaan n 'crash my head' untuk melakukan yang terbaik. Bagi saya kalau tak dapat lakukan sesuatu terbaik, baik tak payah buat langsung😅. 
.

Pada masa yang sama saya juga sejenis yang risau kalau saya ada melukakan hati orang dengan kata-kata atau perbuatan. Disebabkan itu, saya menjadi seorang yang 'overthinking'. Jadi saya selalu sakit kepala. Perkara ni menjadi lebih teruk pada 2011,apabila keluarga saya menghadapi satu kejatuhan ketika ada masalah syarikat pada masa yang sama saya juga berkerja. 
.

Jadi saya memang jadi serabut dan banyak berfikir sehingga saya boleh rasakan urat kepala merentap mungkin kerana stress.. Tapi alhamdulillah saya masih dapat kawal stress dan masih rasional mungkin kerana masih menjaga hubungan dengan Allah dan ada suami disisi untuk mendengar keluhan namun sy da dapat rasakan saya selalu berdebar-serabut n urat merentap dikepala apabila saya banyak memikir..
.

Saya sangat bersyukur pada 2012,selapas melahirkan anak pertama saya berjumpa dengan Shaklee..sebenar saya beli ESP untuk banyakkan susu maklumla kerja audit selalu kesana kemari xsempat nak mengepam mengikut masa dan sentiasa bergerak. Ditambahkan lagi saya sambung belajar master pada masa yang sama saya menjadi lebih stress untuk bahagikan masa..Sejak mengenali Shaklee saya terbaca tentang vitamin 'antistress' Shaklee iaitu B-Complex. 
.

Stress ni jika tidak dibendung dan diurus akan membawa padah dan menyebabkan penyakit lain. Dengan kesedaran itu, saya cuba mengambil Bcomplex sebijik setiap hari dan saya dapat rasakan perbezaan saya tidak lagi sakit kepala seperti dulu sampai sekarang tiada lagi rentapan di kepala, jantung saya tidak lagi sentiasa berdebar dan tak mudah serabut .. .

Alhamdulillah syukur dengan izin Allah saya rasa tenang dan boleh uruskan stress dan emosi dengan lebih baik berbanding dulu terutama sekali semasa hendak menghadapi peperiksaan. 
.

Maklumla saya juga bekerja pada masa yang sama menguruskan keluarga dan anak dimana merupakan sesuatu yang agak mencabar bagi saya. Setiap kali saya rasa stress je saya akan telan B-compleks.  Saya bukan seorang yang suka akan ubat atau supplement tetapi saya percaya dengan Shaklee setelah mencuba ESP dan saya dapati shaklee mengeluarkan vitamin yang organik dan telah membuat banyak kajian sebelum sesuatu produk itu dikeluarkan serta ada KKM dan Halal Jakim.
.

Saya ingin menyeru rakan-rakan sekalian agar janganlah kita terlalu berkira didalam mendapatkan makanan tambahan  seperti supplement ini untuk kesihatan diri kita dan keluarga. 
.

Dan juga jangan juga mengambil enteng terhadap kesihatan terutamanya stress ni kerana ia akan memudaratkan dan menyesal dikemudian hari. Tambahan, sekarang banyak sangat penyakit datangnya daripada stress dan salah satu daripadanya adalah 'anxiety disorder' yang agak popular sekarang. 
.

Hati- hatinya rakan-rakan, Stress ini pembunuh dalam senyap. Ayuh, sama-sama kita menjadi kesihatan kita.
Mencegah lebih baik daripada mengubati..


Thursday 16 November 2017

Testimoni Vitamin C

November 16, 2017 0 Comments
KEMPEN SELFIE BERSAMA BUKU #HT3S Vol 5
#SupermomShakleeStory
Kisah #04 nukilan Asiah Anuar
.

Assalamu'alaykum..

Khamis lepas Asiah sempat COD suplemen Shaklee ni pada Cik Kak ni. Perkenalan saya dengan akak ni pada bulan April lagi. Sebelum ni, akak ni beli dengan harga retail je. Dan Alhamdulillah, selepas saya jelaskan kebaikan jadi ahli, akak ni pun setuju untuk daftar sebagai ahli.

Sebelum ni akak ni memang gemar minum ESP untuk elak dati kena masalah gastrik. Setiap kali beli memang 2 tong ESP terus. Masa promosi ESP bulan October lepas akak ni sempat grab ESP dengan harga terlajak murah.

Selain ESP, akak ni ada jugak beli Ostematrix 2 botol untuk ibu dan ayahnya yang selalu sakit kaki. GLA Complex pulak untuk baiki hormon nya. 

Alhamdulillah, senang sangat berurusan dengan akak ni. Mesra dan positif orangnya.

Saturday 11 November 2017

Resepi Kek Pisang Kukus

November 11, 2017 0 Comments


1 cawan gula
1 cawan minyak masak
2 cawan pisang yg dilenyek (pisang lemak manis)
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur

Masukkan semua bahan dlm mangkuk besar.
Putar sehingga sebati & kukus.
Utk acuan kecil2, kukus 15 minit api besar.
Utk loyang, kukus 45 minit api besar.

Resepi kredit to : zieha na zieha





Friday 10 November 2017

Resepi Mi Rebus Johor

November 10, 2017 1 Comments


Bahan-bahan:

2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan Taburan Tepung Udang Kering:
1- 1/2 cawan udang kering, dikisar
2- 80g tepung gandum
3- ¼ camt serbuk kunyit
4- garam
5- air secukupnya
6- minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan:
1-tahu yang digoreng, dipotong kecil
2-daun sup, dimayang
3-bawang goreng
4-telur rebus, dibelah dua
5-lada hijau, dipotong bulat
6-taugeh, dicelur
7-limau kasturi, dibelah dua

Cara Menyediakan Mi Rebus Johor

1- Cara-cara untuk Tepung Udang Kering:
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

2- Cara-cara untuk Kuah

1- Panaskan minyak dalam periuk.
2- Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
3- Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
4- Masukkan rampah kari kacau rata,
kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
5- Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Cara untuk menghidang:

Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tauhu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering





Kuah Shell Out

November 10, 2017 0 Comments
RESEPI KUAH SHELL OUT 
senang dan sedap ! insyaAllah

bahan A (kisar)
segenggam cili kering
1 sudu besar serbuk kari 
1 labu bawang besar 
5ulas bawang putih

bahan B (hiris nipis) 
1labu bawang besar 
5 ulaa bawnag putih 
5 helai daun kari 
5-10 biji cili padi (ketuk) 
2 batang serai .

bahan lain 
sos tiram 3 sudu 
sos ikan 3 sudu 
1 sudu teh lada hitam 
1 sudu teh air limau 
gula 
garam

cara2 
1) tumis bahan B dngan minyak dan planta (mix tau bgi sedap) . lepas tu masuukkn bahan A . masak smpai garing .

2) dah garing masukkn bahan lain . perasakan bagi sedap . tak payah letak air sbb nnti seafood akan keluarkan air .

* dah siap masukkn seafood . lepas tu asingkan seafood tu . tggalkan kuah dan pekatkan kuah dengan tepung jagung sikit .

* lepas tabur shell out atas plastik baru tuang lebihan kuah atas tu . mmg sodappp oii !

* *seafood tu nak sedap please kukus tau ! supaya manis x hilang . 
** brokoli , jagung , carrot rebus dulu ya dgn minyak bagi warna cantikk huhuhu

kredit resepi ini kepada ‎Myra Suhaimi‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)


Sambutan Hari Raya

November 10, 2017 0 Comments
Salam Aidilfitri semua...semangat je zafran nk pegi sambut dengan kwn2...tak sabar katanya..

Soleh je nampak anak mama ni..mg2 menjadi anak yg soleh dan bahagia dunia akhirat..


 



Gambar bawah ni sambutan hari raya bersama2 ibubapa...


Thursday 9 November 2017

Kuih doraemon a.k.a dorayaki 

November 09, 2017 0 Comments

Resepi yang simple dan mudah :
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
2 sudu besar madu
2 biji telur
3 sudu besar air 
1 sudu besar minyak
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking soda
Inti (coklat, kacang merah, strawberry etc)
.
Masukkan telor dan gula dalam mangkuk.pukul guna whisk sampai berbuih.
Masukkan madu, minyak dan esen vanila.gaul sebati.
Ayakkan tepung + baking soda ke dalam adunan tadi.gaul sebati.
Masukkan air.dan gaul lagi hingga sebati.
Panaskan non-stick pan.dan masukkan sesenduk adunan.api kecil je tau.
Masak je macam masak lempeng. 😄
Lepastu boleh la letak inti kegemaran korang.
.
Kredit Resepi: Salimah Olie

Lawatan Ke Bomba Kuala Kangsar

November 09, 2017 0 Comments
26.9.2017

Lawatan anak2 dan ibu bapa Papn pdg Rengas ke Balai Bomba kuala kangsar. 
Terima kasih diucapkan kepada bomba kuala langsar yg menerima kunjungan ini. 
Diharapkan lawatan ini dapat memberikan pengalaman baru yg bermakna buat anak-anak.










Resepi Kambing Bakar

November 09, 2017 0 Comments


Bahan2 :
.
~ Daging kambing 5-6 slice
~ Sos tiram 2 sb
~ Sos lada hitam 3 sb (sy pkai sos kimbal)
~ Kicap 3 sb (yg ni nk bgi hitam je, tp klu byak pon best)
~ Hirisan halia @ tumbuk halus ( xnk letak pon xpe )
~ Gula ( sy pkai gula perang ) nk pkai madu pon boleh
~ Serbuk lada hitam (sy tambah sb suka pedas)
~ Daun rosemary (penting bgi bau n rase dia terangkat)
.
Cara2 :
.
~ Masuk semua bahan2 tu dan gaul sebati.. Klu nak perap, ttup bekas pkai plastik atau Aluminium foil n letak dlm peti.. nk frozenkan pon xde msalah isi dlm tupperware. klu x, trus boleh bakar.. 
~ Klu dirumah sy bakar dlm oven je 1-1.30jam api atas bawah 200darjah brgantung pda oven. Agak2 dah ade hangus sikit2 tu,dah boleh angkat..
~ Klu utk mkn ramai better bakar atas arang.. lagi mengancam.. smerbak bau die. Hehehe
~ So boleh hidang dgn kuah blackpaper atau ratah gitu pon sedap!! Confirm mnjilat jari
Slamat mencuba!!









Resepi Sotong Bakar Sumbat Udang Sos Cili Hijau

November 09, 2017 0 Comments
Resepi Sotong bakar sumbat udang sos cili hijau manis ala thai!!
.
Sedap gila! Try la..
.
Bahan2:
Sotong saiz besar
Isi udang
Telor
.
Bahan sos:
Cili kecik
Gula
Garam
Cuka makanan
Bawang putih
Bawang merah
.
Bahan kisar utk inti:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
.
Cara2 buat inti:
Hancurkan isi udang
Gaul dgn telor dan bahan kisar
.
Cara2 sumbat :
Sumbat inti tadi dlm sotong. Ambil lidi atau apa shj yg blh cucuk utk tutup sotong dan kepala dia bersatu.
.
Cara2 masak sotong:
Bakar sotong sumbat tadi, kemudian bila sudah masak potong sedikit tp jgn bg terpisah.
.
Cara2 buat sos:
Kisar semua bahan sos tadi, goreng seketika atas kuali dan biarkan gula hancur. Siap!
.
Cara2 hidangan:
Curah sos cili hidup manis tadi. Siap utk dimakan.
.
*Bahan2 mengikut kuantiti sotong dan saiz.
.
Cuba la! Selamat menjamu selera!





Wednesday 8 November 2017

Lawatan Zafran Ke Perpustakaan

November 08, 2017 0 Comments
24 Oktober 2017

Lawatan anak-anak Papn Pdg Rengas Ke Perpustakaan Awam dan Pusat Internet 1 Malaysia Kuala kangsar.
Terima kasih diucapkan kpd pihak Perpustakaan Awam dan PI1M  kuala kangsar dengan pengisian aktiviti yg menarik untuk anak-anak .

     
  

BUSY BOARD

November 08, 2017 0 Comments

Korang penah dengar x pasal busy board ni??haaaa mesti korang nk tau kan ape itu busyboard..Sebenarnye sy pun baru je tau pasal busyboard ni..itupun lepas kena buat aktiviti bulanan permata PAPN untuk anakku ahmad firas zafran..masa tu barulah sibuk search pasal busyboard dan cari contoh2 mcm mane nk buat busyboard ni..hehehe

Nk kata susah sangat buat busyboard ni takdela susah sgt tapi ok la sebagai pengalaman..busyboard ni kami buat dalam kumpulan.kami dh bahagi2kan la tugas2nye

Ni gambar hasil busyboard lepas dh touchup semua bagai


Aktiviti bulan Oktober 2017

November 08, 2017 0 Comments

Aktiviti bulan oktober 2017
Ahmad firas zafran

♧Tema: alam sekitar
♤menggunakan barang terbuang
♧ hasil dapatan:
  1) zafran dapat mengetahui contoh2 barang terbuang
  2) zafran berjaya menghasilkan gitar daripada barang terbuang
  3) zafran dapat mengenali gitar adalah salah satu alat muzik


Mtq pendidikan khas

November 08, 2017 0 Comments

Sabtu 9 April 2017 berlangsungnya Majlis tilwah alQuran dan pertandingan nasyid PPKI peringkat daerah Kuala Kangsar.Majlis ni dijalankan di SMK RLKT Lasah. Nama singkatan nye MTQ..Setiap thn majlis dijalankan. Mtq ni pelbagai acara yang ada seperti nasyid, azan subuh,tilawah,hafazan,bercerita dan syarahan. Mtq ni mmg majlis tuk murid2 pendidikan khas sahaja.

Tahun 2015 tahun pertama saya latih murid untuk MTQ ni dan sampai sekarang latih murid lagi.tapi sy latih untuk wakil pertandingan yang berbeza-beza..

2015 anta wakil tuk azan..2016 anta wakil tuk hafazan dan tahun ni 2017 anta wakil tuk tilawah kategori lelaki..Alhamdulillah pencapaian yang amat memberangsangkan..kesemuanya mendapat tempat johan..Alhamdulillah...bersyukur ke hadrat Ilahi..

sy kongsikan keputusan mtq ppki 2017
KEPUTUSAN PENUH KONTIJEN MTQ PPKI SK MANONG 2017.*

A. NASYID BP RENDAH
     *JOHAN*

B. TILAWAH BP RENDAH
     Lelaki: *JOHAN*
     Perempuan: *Ketiga*

C. HAFAZAN
     Lelaki: *JOHAN*
     Perempuan: *Kedua*

D. BERCERITA
     Lelaki: *JOHAN*
     Perempuan: *Ketiga*

E. AZAN SUBUH
    *JOHAN-Razlan*
    *Penyertaan-Ariffuddin*

*PPKI SKM DINOBATKAN JOHAN KESELURUHAN 2017 (SEK.REN) & BERJAYA MEMBAWA PIALA PUSINGAN.