Follow Us @zuraidakarim

Sunday, 28 October 2018

5 Cara Kenali Jenis Kulit Muka Sebelum Guna Skincare

                                                                                                                                                                    
Adakah anda tahu jenis kulit muka anda sendiri?

Bagaimanakah cara untuk kita kenali kulit muka kita?

Apabila jenis kulit muka dapat dipastikan maka dapatlah kita memilih dan menggunakan skincare yang betul dan sesuai. 

Itulah yang akan saya ceritakan di dalam entry kali ini.Sebelum saya mengulas lebih lanjut lagi, kita lihat dahulu jenis-jenis kulit muka yang perlu kita ketahui.



Jenis-jenis Kulit Muka Yang Perlu Anda Ketahui


1. Kulit Normal

Kulit jenis ini adalah kulit yang paling bagus dan best. Ini adalah kerana kulit jenis ini sangat mudah untuk dijaga dan cenderung memiliki keseimbangan antara jumlah kandungan air dan kandungan minyak, sehingga tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak. 

Sangat untunglah pada sesiapa yang memiliki jenis kulit normal ini. Jenis kulit ini juga biasanya jarang akan mengalami masalah kulit seperti sensitif, tona tidak sekata dan sebagainya.   

2. Kulit Kering 

Kulit jenis ini biasanya kurang berminyak / lembab atau kedua-duanya sekali. Ia adalah disebabkan oleh kalenjar berminyak yang kurang aktif ataupun terlalu sangat terdedah kepada penghawa dingin. 

Masalah-masalah yang biasa dihadapi ialah kedutan, garis-garis halus, jeragat, hitam disekeliling mata dan muka kelihatan kusam. 

3. Kulit Berminyak

Jenis kulit ini pula adalah jenis yang kelihatan tebal dengan pori-pori terbuka yang mungkin disebabkan oleh kalenjar minyak terlalu aktif sehingga mengeluarkan minyak yang berlebihan pada kulit muka. 

Antara faktor terjadinya kulit berminyak adalah dari segi pengambilan makanan berlemak yang sangat banyak dan cuaca yang panas. 

Namun begitu, ada juga kebaikannya pada sesiapa yang jenis kulit mukanya yang berminyak kerana ia membantu melambatkan proses penuaan. 

4. Kulit Sensitif

Kulit jenis sensitif ini mudah mengalami alergi atau iritasi serta ruam terhadap sesuatu keadaan. 

Kulit jenis sensitif ini juga senang untuk terjadi kemerahan, gatal-gatal, kering, pengelupasan dan terbakar terutamanya apabila terdedah kepada perubahan cuaca. 

5. Kulit Kombinasi 

Bagi yang mempunyai jenis kulit kombinasi ini merupakan kulit yang sedikit berminyak di kawasan T-zone dan kering di bahagian pipi. Pori-porinya bersaiz sederhana, tekstur kulit yang licin dan rata serta warna yang sihat. 

Kebanyakan ataupun sebahagian besar wanita adalah di dalam kategori jenis kulit kombinasi ini. 


    Image result for cara kenali kulit muka



Jom kita lihat pula 5 cara kenali jenis kulit muka sebelum guna skincare

1. Cuci muka bersih-bersih menggunakan pencuci muka yang lembut dan tak mengeringkan kulit muka. Kemudian keringkan muka dengan menggunakan tuala muka yang bersih.

Kalau anda pakai makeup sila buangkan makeup itu terlebih dahulu menggunakan makeup remover. 

Selepas 3 atau 4 jam, ambil tisu dan koyakkan kepada 4 bahagian dan tepek kepada dahi, hidung dan dagu. 

Mudah sahaja kan.

2. Kulit normal : 

 Kesemua tisu itu melekat sekejap sahaja.Akan jatuh dan tidak melekat dah. Kulit tidak mengelupas dan pori tidak kelihatan.  
                           

3. Kulit kering:

Kesemua tisu tidak melekat langsung. Kulit muka kasar, kusam dan mengelupas. 

4. Kulit berminyak : 

Kempat-empat tisu melekat dan tidak jatuh langsung. Pori kelihatan jelas terbuka dan muka rasa berminyak apabila disentuh dengan jari walaupun sudah dicuci.


5. Kulit kombinasi

Tisu-tisu tersebut hanya melekat di dahi dan hidung. Ada sesetengah kes tisu melekat pada dagu sahaja dan tidak di pipi. 

Biasanya hanya kulit di bahagian Tzone sahaja yang lebih berminyak manakala bahagian lain berkulit normal. 

Apabila anda sudah kenali jenis kulit muka anda maka bolehlah anda pilih ataupun guna skincare yang terbaik dan sesuai.





Jadi, kepada anda yang inginkan kulit wajah yang cantik, berseri dan kelihatan muda remaja bolehlah cuba menggunakan youth skincare ini.

Jika wajah anda mengalami masalah mestilah sukar untuk anda menjalani kehidupan seharian terutamanya apabila berhadapan dengan orang yang ramai.

Oleh yang demikian, anda tidak perlu membuang masa dan bersusah payah. Anda hanya perlu hubungi saya sahaja Zuraida 0125511310 untuk sebarang pertanyaan dan saya akan bantu anda.

Atau klik sahaja ikon di bawah untuk sebarang tempahan.



 order sini

Pengedar Sah Shaklee Kuala Kangsar Perak: Zuraida
(Shaklee ID 1244308)

012-5511310 (Call/whatsapp/sms)

Fb: zuraida mohamad karim

ig: zuraidakarim

COD : Kuala Kangsar, Manong, Jerlun, Padang Rengas, Tg Rambutan, Tambun


  




No comments:

Post a Comment